Bunyi BEEP pada Komputer

Diposting oleh Rahmat Syahar
Rabu, 24 September 2008

Bunyi BEEP pada komputer .

Bunyi BEEP pada motherboard komputer anda
Terdapat beberapa jenis modul / model BIOS (basic input output system) pada motherboard anda. Pernahkah atau mungkin anda pernah mendegar bunyi BEEP pada komputer anda sewaktu masa menghidupkan / onkan komputer anda? Jika anda pernah mendengar bunyi BEEP, bagaimana pula anda mahu mentafsir bunyi BEEP tersebut? Di bawah ini saya sertakan beberapa jenis model BIOS yang popular.


Pada Ami BIOS
1.
Bunyi BEEP hanya sekali sahaja.Kemungkinan RAM (random access memory) mempunyai masalah atau pun tidak dipasang dengan betul.
2. BEEP sebanyak enam kaliKemungkinan keyboard / papan kekunci anda sudah rosak atau tidak dipasangkan dengan betul pada p/s2 port atau USB port.
3. BEEP sebanyak lapan kaliKemungkinan VGA (Video Graphics Array) kad atau pun graphic card anda mengalami masalah atau pun tidak dipasang dengan betul.
4. BEEP sebanyak 11 kaliChecksum Error iaitu melibatkan bateri CMOS anda pada motherboard. Anda boleh menukar bateri CMOS yang baru jika mengalami masalah ini.

Award BIOS
1.
Bunyi BEEP yang panjangMemori anda mempunyai masalah atau tidak dipasang dengan betul.
2. 1 BEEP panjang dan 2 BEEP pendekVGA kad atau graphic kad mempunyai masalah atau tidak dipasang dengan betul.
3. 1 BEEP panjang, 3 BEEP pendekKemungkinan keyboard anda bermasalah atau tidak dipasang dengan betul pada p/s2 port atau USB port.
4. Bunyi BEEP yang berpanjangan (contiuouns BEEP)RAM atau VGA kad anda tidak dipasang dengan betul.

Pheonix BIOS
1.
1 BEEP, 1 BEEP dan 4 BEEPDisebabkan BIOS anda tidak berfungsi. Boleh update atau flash BIOS.
2. 1 BEEP, 2 BEEP dan 1 BEEPDisebabkan motherboard anda yang sudah rosak.
3. 1 BEEP, 3 BEEP dan 1 BEEPRAM anda mungkin bermasalah atau tidak dipasang dengan betul.
4. 3 BEEP, 1 BEEP dan 1 BEEPAdalah disebabkan masalah motherboard computer anda.
5. 3 BEEP, 3 BEEP dan 4 BEEPVGA kad atau graphic anda bermasalah atau tidak dipasang dengan betul

Blogger Template New Plus Blue

Designed by : Edo Pranata XML Coded by : Edo Pranata